Search This Blog

Resepi MUDAH Salted Caramel Sauce & dijamin SEDAP!

ASSALAMUALAIKUM wbt...
...
Hai, hari nih sis waniey nak share resepi mudah nak buat salted caramel sauce. Semudah ABC je tau, sape-sape yang baru nak belajar buat boleh laa try resepi sis waniey ye..Sis waniey tunjuk step by step..
...
...
...
SALTED CARAMEL SAUCE


Bahan-bahannya ialah :-

250 g gula castor

80 ml air

120 ml dairy whipping cream
25 g butter


1 sudu kecil esen vanila
secubit garam 


Cara-caranya ialah :-
Masukkan air + gula castor kedalam periuk. Masak atas api yang perlahan. Perlu bersabar tau, benda sedap kan. hihihi. Masak sampai laa gula tadi CAIR & PERANG! STEP NI TAK BOLEH KACAU LANGSUNG! Kalau derhaka confirm tak jadi! huhhhh. (amaran keras!) 

Dah start boleh kacau bile nampak berbuih & perang. Kacau smpai gula betul-betul cair tau. tapi jangan pandai-pandai rase dengan tangan/lidah pulak nak check gula dah cair ke belum. cari nahas namanya tuuu. gula tuh panas gilerrrr okeyhhh! (AMARAN: jgn guna spatula plastik, cnfrm pastu masuk dlm tong sampah nanti. huhuhu.). then, boleh laa tutup api.

Boleh laa masukkan whipping cream pulak.

EXTRA BECAREFUL masukkan whipping cream tu tau, masuk slow-slow & sikit-sikit. dy punya berbuih-buih sampai boleh terpecik kene tangan tau! kang tak pasal melecur kurang hantaran kahwin nanti. huhuhu.


Letak 1 sudu kecil esen vanila. Kacau sampai sebati, selepas tu boleh laa bukak balik api tapi perlahan je tau. Masak sampai likat, kacau je sampai rasa-rasa dah likat. Then, boleh laa tutup api.

Masukkan butter + secubit garam.


SIAP! Boleh letak dalam balang kaca (beli kat KAISON jewwww). Simpan dalam peti ais, ambik je dalam peti lau rase nak gune. Nak buat topping kek ke, topping cheese tart ke, makan dgn roti ke terpulang hak masing-masing. yummy :)


SELAMAT MENCUBA :)
SEKIAN...
TERIMA KASIH...

Sumber resepi twitter @nanajerkk






Review: Tefal TY8463HH Air Force Red 12V Cordless Stick Vacuum Cleaner

ASSALAIMUALAIKUM wbt... Hai, hari ni sis waniey nak review vacuum paling best pernah sis waniey guna. Sebagai full time housewife...