Search This Blog

Review: Tefal TY8463HH Air Force Red 12V Cordless Stick Vacuum Cleaner

ASSALAIMUALAIKUM wbt...

Hai, hari ni sis waniey nak review vacuum paling best pernah sis waniey guna. Sebagai full time housewife memang kene sangat laa dengan jiwa & raga sis waniey, sebabnya tak payah nak tarik panjang-panjang wayar untuk vacuum 1 rumah. huhuhu. 

Sis waniey ada anak kecik so memang perlu sangat vacuum macam nih sebab acap kali jgk kene vacuum, tumpah itu laa ini laa. fuhhhh. tapi vacuum nih sesuai untuk rumah yang kecil/sederhana. Sebabnya vacuum nih boleh berfungsi selama 25 min sahaja. Kene charge selama 12 jam

Tefal TY8463HH Air Force Red 12V Cordless Stick Vacuum Cleaner







Easy to handle. Senang sangat nak gune sebelah tangan, dukung anak sebelah tangan satu lagi pun boleh. sebab vacuum ni ringan. hihihi

Vacuum nih sis waniey beli dekat instagram 
↓↓↓↓↓↓

Rasenya vaccum tefal nih xde jual kat malaysia, sebab sis waniey ade jugak cari kat mall/ kedai elektrik tapi setakat nih takde jumpa lagi. Yelaa sebab nak compare harga kan. tapi kalau brand len jauh lebih murah kalau beli kat instagram ni. hehehehe. Harga sangat-sangat MURAH (RM 420) compare cordless vacuum yang ada kat pasaran malaysia.

Sangat-sangat senang & mudah digunakan untuk disetiap penjuru.

Walaupun hanya 12V kadar sedutan habuk pada karpet sangat bagus, sis waniey sangat puas hati. sebab rumah sis waniey ni banyak karpet. huhuhu. 


Vacuum nih ada 2 speeds tau.
Kiri: Min Speed; Kanan: Max speed (nyala lampu warna biru)
Min speed biasenya sis waniey gune dekat mozek je, tapi kalau max speed selalunya untuk karpet.

Nak buang habuk & sampah dalam vacuum just tolak kebawah je bekas tu. so memang mudah sangat.

Bunyi vacuum nih bagi sis waniey takdelaa bising, just nice je. anak tengah tido pun boleh vacuum. hihihi.

Boleh baca customer review yang lain dekat amazon
↓↓↓↓↓


Resepi MUDAH Salted Caramel Sauce & dijamin SEDAP!

ASSALAMUALAIKUM wbt...
...
Hai, hari nih sis waniey nak share resepi mudah nak buat salted caramel sauce. Semudah ABC je tau, sape-sape yang baru nak belajar buat boleh laa try resepi sis waniey ye..Sis waniey tunjuk step by step..
...
...
...
SALTED CARAMEL SAUCE


Bahan-bahannya ialah :-

250 g gula castor

80 ml air

120 ml dairy whipping cream
25 g butter


1 sudu kecil esen vanila
secubit garam 


Cara-caranya ialah :-
Masukkan air + gula castor kedalam periuk. Masak atas api yang perlahan. Perlu bersabar tau, benda sedap kan. hihihi. Masak sampai laa gula tadi CAIR & PERANG! STEP NI TAK BOLEH KACAU LANGSUNG! Kalau derhaka confirm tak jadi! huhhhh. (amaran keras!) 

Dah start boleh kacau bile nampak berbuih & perang. Kacau smpai gula betul-betul cair tau. tapi jangan pandai-pandai rase dengan tangan/lidah pulak nak check gula dah cair ke belum. cari nahas namanya tuuu. gula tuh panas gilerrrr okeyhhh! (AMARAN: jgn guna spatula plastik, cnfrm pastu masuk dlm tong sampah nanti. huhuhu.). then, boleh laa tutup api.

Boleh laa masukkan whipping cream pulak.

EXTRA BECAREFUL masukkan whipping cream tu tau, masuk slow-slow & sikit-sikit. dy punya berbuih-buih sampai boleh terpecik kene tangan tau! kang tak pasal melecur kurang hantaran kahwin nanti. huhuhu.


Letak 1 sudu kecil esen vanila. Kacau sampai sebati, selepas tu boleh laa bukak balik api tapi perlahan je tau. Masak sampai likat, kacau je sampai rasa-rasa dah likat. Then, boleh laa tutup api.

Masukkan butter + secubit garam.


SIAP! Boleh letak dalam balang kaca (beli kat KAISON jewwww). Simpan dalam peti ais, ambik je dalam peti lau rase nak gune. Nak buat topping kek ke, topping cheese tart ke, makan dgn roti ke terpulang hak masing-masing. yummy :)


SELAMAT MENCUBA :)
SEKIAN...
TERIMA KASIH...

Sumber resepi twitter @nanajerkk






Resepi MUDAH Cheese Tart & dijamin SEDAP!



ASSALAMUALAIKUM wbt...
...
Hai, hari ni sis waniey nak share resepi mudah nak buat cheese tart. Semudah ABC je tau, sape-sape yang baru nak belajar baking boleh laa try resepi sis waniey ni ye..Sis ajar step by step..
...
...
...
a) Tart Crust (120-150 pcs)
   
      250 g butter (buttercup/butterlite/farmcows)
      400 g marjerin (pelangi/puteri/D'Bake)
      1 cup gula icing
      1 biji telur (Gred A/B), ** Gred C guna 2 biji
      1 kg tepung gandum
      Mold (4.5cm)



      P/s: kulit tart nih banyak sangat!!! so sesuai untuk makan beramai-ramai or buat untuk dijual. Kalau setakat makan sorang sis waniey rase baik beli yang dah siap kulit tart kat kedai bakeri. hihihi. Buat penat je. huhuhu.
      
      Cara-caranya:-
Pukul butter & marjerin sampai kembang. Kalau dah pucat kire okey dah.

Selepas tu masukkan gula icing, masuk cikit-cikit tau. Slow speed je mixer tu.


Pukul sampai kembang.
Masukkan sebiji telur pulak.
Telur tu jangan lupa BASUH dulu ye.

Dah sebati semua masukkan tepung pulak, masuk cikit-cikit jugak tau. Pakai mixer boleh tak pakai pun xpe lepas step nih tp lenguh cikit laa tangan lau xpakai mixer. Boleh katang sebelah tangan lepas cukup 1kg tepung. huhuhu.
Make sure adunan menjadi doh. TAK BERDERAI & TAK MELEKIT!
Ambik sedikit doh pastu letak kedalam mold, TAK TEBAL & TAK NIPIS!


ATAUPUN just tekan-tekan je doh dalam mold tuh, TAK TEBAL & TAK NIPIS!
Dengan menggunakan garfu TRIM lebihan doh pada mold
& CUCUK di bahagian bawah kulit tart.




Kalau rase nak glamour boleh je buat color-color tart ni,
yang nih sis waniey guna colour purple. hihihi.

Panaskan oven : 180℃
Suhu : 130-150℃ (ikut perangai oven masing-masing ye)
Masa : 15 min (fully cooked)
Yang best gune resepi tart crust nih sekali tunggeng je tart tuh dah boleh keluar. melainkan crust tuh tak masak lagi so liat laa nak keluar. huhuhu.
Settle 190pcs tart crust. fuhhhh. Simpan dalam tupperware pastu letak dalam peti kalau taknak gune lagi. 
b) Cheese Tart (40-50 pcs)

     250 g cream cheese (tatura/philadelphia)
     50 g gula castor
     1 biji kuning telur (Gred A/B)
     1 sudu kecil esen vanila
     1 sudu kecil lemon juice

Cara-caranya:-


Mula-mula pukul cream cheese dengan mixer sekejap. tapi make sure cream cheese suhu bilik tau!


Masukkan gula castor &
pukul sehingga laa KEMBANG!

Kembang je adunan cheese tuh, masukkan sebijik telur kuning. actually boleh je nak letak sebijik kalau takut membazir telur tuh tapi nanti adunan cheese nih akan jadi cair. So kalau tak jadi cheese nih risiko atas diri sendiri tau! sis waniey tak nak bertanggungjawab tau. huhhuhu. Then, masukkan esen vanila & jus lemon.
Tadaaaaa! inilah hasil cream cheese yang dah siap dipukul! dush dush dush.
KIRI: Cream cheese.  
KANAN: Filling blueberry (strawberry, nutella, kiwi, salted caramel, etc).
Semua fiiling banyak je jual kat kedai bakeri tapi salted caramel kene buat sendiri Okeyhh!
Letak kan filling yang korang semua suka :) Sis waniey buat blueberry, salted caramel (boleh refer resepi kat https://wanieyzunazri.blogspot.com/2018/08/resepi-mudah-salted-caramel-sauce.html& nutella. bubuh ikut suka korang laa nak banyak mane, nak cikit mane. korang jugak yang nak makan nanti..hihihi.
Letak pulak cream cheese, then boleh laa masukkan ke dalam oven...
Panaskan oven : 180℃
Suhu : 140-160℃ (ikut perangai oven masing-masing)
Masa : 15-20 min (jangan sampai cheese merekah)


Ni yang dah siap bakar, gebu je tengok. Geram je nak makan...
nyumnyumm :P
Last sekali deco laa kat atas filling yang sama korang letak tadi. Sis waniey letak paper cup warna berlainan so xde laa tersalah letak filling lepas bakar dalam oven..huuhuhhu..deco jelaa macamana yang korang suka, Yang ni just idea sis waniey je :)


Ready to eat :p kalau nak sedap letak dalam peti sejuk. Sedap jugak makan sejuk-sejuk nih. yummyyyy. tapi kalau tak sabar ngappppp jelaaa.

***Ape-ape je resepi melibatkan telur wajib letak esen vanila. hehehehehehe.


SELAMAT MENCUBA :)
SEKIAN...
TERIMA KASIH...

      
Sumber resepi twitter @nanajerkk



Review: Tefal TY8463HH Air Force Red 12V Cordless Stick Vacuum Cleaner

ASSALAIMUALAIKUM wbt... Hai, hari ni sis waniey nak review vacuum paling best pernah sis waniey guna. Sebagai full time housewife...