Search This Blog

Resepi MUDAH Cheese Tart & dijamin SEDAP!



ASSALAMUALAIKUM wbt...
...
Hai, hari ni sis waniey nak share resepi mudah nak buat cheese tart. Semudah ABC je tau, sape-sape yang baru nak belajar baking boleh laa try resepi sis waniey ni ye..Sis ajar step by step..
...
...
...
a) Tart Crust (120-150 pcs)
   
      250 g butter (buttercup/butterlite/farmcows)
      400 g marjerin (pelangi/puteri/D'Bake)
      1 cup gula icing
      1 biji telur (Gred A/B), ** Gred C guna 2 biji
      1 kg tepung gandum
      Mold (4.5cm)



      P/s: kulit tart nih banyak sangat!!! so sesuai untuk makan beramai-ramai or buat untuk dijual. Kalau setakat makan sorang sis waniey rase baik beli yang dah siap kulit tart kat kedai bakeri. hihihi. Buat penat je. huhuhu.
      
      Cara-caranya:-
Pukul butter & marjerin sampai kembang. Kalau dah pucat kire okey dah.

Selepas tu masukkan gula icing, masuk cikit-cikit tau. Slow speed je mixer tu.


Pukul sampai kembang.
Masukkan sebiji telur pulak.
Telur tu jangan lupa BASUH dulu ye.

Dah sebati semua masukkan tepung pulak, masuk cikit-cikit jugak tau. Pakai mixer boleh tak pakai pun xpe lepas step nih tp lenguh cikit laa tangan lau xpakai mixer. Boleh katang sebelah tangan lepas cukup 1kg tepung. huhuhu.
Make sure adunan menjadi doh. TAK BERDERAI & TAK MELEKIT!
Ambik sedikit doh pastu letak kedalam mold, TAK TEBAL & TAK NIPIS!


ATAUPUN just tekan-tekan je doh dalam mold tuh, TAK TEBAL & TAK NIPIS!
Dengan menggunakan garfu TRIM lebihan doh pada mold
& CUCUK di bahagian bawah kulit tart.




Kalau rase nak glamour boleh je buat color-color tart ni,
yang nih sis waniey guna colour purple. hihihi.

Panaskan oven : 180℃
Suhu : 130-150℃ (ikut perangai oven masing-masing ye)
Masa : 15 min (fully cooked)
Yang best gune resepi tart crust nih sekali tunggeng je tart tuh dah boleh keluar. melainkan crust tuh tak masak lagi so liat laa nak keluar. huhuhu.
Settle 190pcs tart crust. fuhhhh. Simpan dalam tupperware pastu letak dalam peti kalau taknak gune lagi. 
b) Cheese Tart (40-50 pcs)

     250 g cream cheese (tatura/philadelphia)
     50 g gula castor
     1 biji kuning telur (Gred A/B)
     1 sudu kecil esen vanila
     1 sudu kecil lemon juice

Cara-caranya:-


Mula-mula pukul cream cheese dengan mixer sekejap. tapi make sure cream cheese suhu bilik tau!


Masukkan gula castor &
pukul sehingga laa KEMBANG!

Kembang je adunan cheese tuh, masukkan sebijik telur kuning. actually boleh je nak letak sebijik kalau takut membazir telur tuh tapi nanti adunan cheese nih akan jadi cair. So kalau tak jadi cheese nih risiko atas diri sendiri tau! sis waniey tak nak bertanggungjawab tau. huhhuhu. Then, masukkan esen vanila & jus lemon.
Tadaaaaa! inilah hasil cream cheese yang dah siap dipukul! dush dush dush.
KIRI: Cream cheese.  
KANAN: Filling blueberry (strawberry, nutella, kiwi, salted caramel, etc).
Semua fiiling banyak je jual kat kedai bakeri tapi salted caramel kene buat sendiri Okeyhh!
Letak kan filling yang korang semua suka :) Sis waniey buat blueberry, salted caramel (boleh refer resepi kat https://wanieyzunazri.blogspot.com/2018/08/resepi-mudah-salted-caramel-sauce.html& nutella. bubuh ikut suka korang laa nak banyak mane, nak cikit mane. korang jugak yang nak makan nanti..hihihi.
Letak pulak cream cheese, then boleh laa masukkan ke dalam oven...
Panaskan oven : 180℃
Suhu : 140-160℃ (ikut perangai oven masing-masing)
Masa : 15-20 min (jangan sampai cheese merekah)


Ni yang dah siap bakar, gebu je tengok. Geram je nak makan...
nyumnyumm :P
Last sekali deco laa kat atas filling yang sama korang letak tadi. Sis waniey letak paper cup warna berlainan so xde laa tersalah letak filling lepas bakar dalam oven..huuhuhhu..deco jelaa macamana yang korang suka, Yang ni just idea sis waniey je :)


Ready to eat :p kalau nak sedap letak dalam peti sejuk. Sedap jugak makan sejuk-sejuk nih. yummyyyy. tapi kalau tak sabar ngappppp jelaaa.

***Ape-ape je resepi melibatkan telur wajib letak esen vanila. hehehehehehe.


SELAMAT MENCUBA :)
SEKIAN...
TERIMA KASIH...

      
Sumber resepi twitter @nanajerkk



Review: Tefal TY8463HH Air Force Red 12V Cordless Stick Vacuum Cleaner

ASSALAIMUALAIKUM wbt... Hai, hari ni sis waniey nak review vacuum paling best pernah sis waniey guna. Sebagai full time housewife...